Penceramah Fathi Na’im bebas tiga kes rogol, amang seksual remaja 13 tahun

Iklan
Fathi Na’im dilepaskan dan dibebaskan atas tiga kes merogol dan melakukan amang seksual remaja berumur 13 tahun. Gambar fail

KLANG - Penceramah bebas, Fathi Na’im dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas tiga kes merogol dan melakukan amang seksual remaja berumur 13 tahun, lima tahun lalu.

Hakim, Roszianayati Ahmad memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Fathi Na’im atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Mahkamah Tinggi mendapati, berlaku kekhilafan di peringkat mahkamah rendah kerana tidak membenarkan penangguhan, bagi membolehkan perayu mendapatkan khidmat peguam.

Perkara itu telah memprejudiskan perayu sehingga menyebabkan penceramah berkenaan terpaksa mengendalikan sendiri pembelaannya.

Iklan

Dalam prosiding rayuan, Muhammad Fathi Na’im selaku perayu diwakili peguam, Muhammad Fazaly Ali Mohd Ghazali sementara pendakwaan sebagai responden dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Pada 18 September 2025, penceramah berusia 34 tahun itu dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan berkenaan.

Iklan

Fathi Na’im dilepaskan dan dibebaskan atas tiga kes merogol dan melakukan amang seksual remaja berumur 13 tahun. Gambar fail

Hakim, Noridah Adam yang bersidang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun, dalam sebuah kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam di sini pada Jun 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dalam sebuah kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam pada jam 3 dan 7 petang, awal Julai dan 27 Julai 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.