Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Rais Yatim

Iklan
Kenyataan akhbar berhubung penarikan darjah kebesaran Mohd Rais

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan(SPNS) dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan(DSNS) kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim berkuat kuasa serta merta.

Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis berkata, keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) (2001) dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) (1979) kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta merta,"katanya

Untuk rekod, Mohd Rais yang kini merupakan Pengerusi Parti Wawasan Negara pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 12 Julai 1978 hingga 29 April 1982.

Iklan

 

 

Iklan