Durian Kingdom cipta sejarah dengan kepelbagaian produk hiliran durian

Iklan
Pengasas Sunshine Kingdom, Eddie Wong (kiri) berkata, berkata, pengiktirafan tersebut menjadi satu penghormatan besar buat syarikat dan seluruh pasukan yang selama ini komited memartabatkan produk durian Malaysia di pasaran antarabangsa.

PUCHONG – Jenama makanan tempatan, Durian Kingdom, melakar satu lagi kejayaan apabila menerima pengiktirafan atas kejayaannya membangunkan kepelbagaian produk hiliran durian, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai antara peneraju inovasi industri berasaskan raja buah di Malaysia.

Pengiktirafan itu diberikan susulan kejayaan syarikat menghasilkan portfolio produk hiliran durian yang luas dan pelbagai, manakala sesi rakaman video pengiktirafan rasmi telah diadakan di Puchong, Selangor pada 22 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Pengasas Sunshine Kingdom, Eddie Wong berkata, pengiktirafan tersebut menjadi satu penghormatan besar buat syarikat dan seluruh pasukan yang selama ini komited memartabatkan produk durian Malaysia di pasaran antarabangsa.

"Semasa kami menubuhkan Durian Kingdom, impian kami cukup mudah iaitu membolehkan masyarakat di seluruh dunia menikmati rasa asli durian Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Iklan

"Setiap produk yang dihasilkan mencerminkan minat kami terhadap inovasi serta komitmen untuk mengetengahkan budaya durian Malaysia ke persada antarabangsa.

"Pengiktirafan ini adalah hasil usaha seluruh pasukan kami dan menjadi pemangkin untuk kami terus memperkenalkan produk baharu yang memberi nilai tambah kepada industri makanan negara," katanya.

Iklan

Bermula kecil, kini tembusi pasaran global

Ditubuhkan di bawah Sunshine Kingdom Sdn. Bhd. pada tahun 2014, Durian Kingdom diasaskan dengan visi memperkenalkan keunikan rasa dan budaya durian Malaysia ke pasaran global menerusi penghasilan produk premium yang melangkaui jualan buah segar semata-mata.

Bermula dengan hanya beberapa jenis produk, jenama itu kini berkembang menjadi antara jenama pakar durian terkemuka di rantau ini.

Portfolio produknya merangkumi pelbagai kategori termasuk:

- Biskut dan konfeksi

- Coklat dan pastri

- Kopi serta minuman berasaskan durian

- Snek sejuk beku dan freeze-dried

- Koleksi set hadiah serta pelbagai inovasi makanan lain.

Kepelbagaian inovasi itu membolehkan durian Malaysia dinikmati sepanjang tahun dalam pelbagai bentuk produk berkualiti tinggi oleh pelancong, penggemar makanan dan peminat durian dari seluruh dunia.

Pacu pembangunan industri hiliran

Pengiktirafan tersebut bukan sekadar mengiktiraf kepelbagaian produk yang dihasilkan, malah turut mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap inovasi, kecemerlangan dalam pembuatan serta pembangunan jenama tempatan.

Usaha memperluaskan aplikasi nilai tambah terhadap buah durian turut membantu mengurangkan kebergantungan industri kepada jualan buah segar mengikut musim, selain membuka peluang baharu dalam sektor eksport, pelancongan dan pembuatan makanan premium.

Pengiktirafan tersebut bukan sekadar mengiktiraf kepelbagaian produk yang dihasilkan, malah turut mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap inovasi, kecemerlangan dalam pembuatan serta pembangunan jenama tempatan.

Seiring peningkatan permintaan global terhadap produk makanan tropika premium, inovasi dalam sektor hiliran dilihat sebagai pemacu utama masa depan industri durian.

Kejayaan Durian Kingdom ini sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar utama produk hiliran durian berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.