JPJ siasat warga tempatan miliki banyak kenderaan, sewa kepada warga asing

Iklan
Ahmad Kamarunzaman ketika ditemui pemberita selepas Op Pewa di sekitar Selayang, pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat pemilik kenderaan warga tempatan yang memiliki banyak kenderaan dengan mencari keuntungan mudah menyewakannya kepada warga asing.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Menhat berkata, berdasarkan operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dilaksanakan, pihaknya mendapati terdapat warga tempatan sebagai pemilik kenderaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenderaan itu akan disita selain semakan rekod bagi memastikan sama ada terdapat kesalahan berulang.

"Modus operandi pemandu warga asing ini pelbagai dan salah satunya sewa daripada pemilik tempatan dan digunakan untuk perniagaan seperti jual roti, kutip besi buruk dan lain-lain.

Iklan

"Kadar sewaan tidak menentu bergantung kepada rundingan. Ada sehari bayar RM100 ikut persetujuan," katanya kepada pemberita selepas selesai Op Pewa di sini pada Rabu.

Beliau berkata, JPJ sekali lagi menegaskan bahawa sebarang bentuk pelanggaran undang-undang jalan raya tidak akan diberikan sebarang kelonggaran atau layanan istimewa, tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak termasuk pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya.

Iklan

Katanya, tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan kenderaan, pengeluaran notis dan pendakwaan akan terus dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh.

"JPJ juga memberi amaran keras kepada pemilik kenderaan, majikan dan mana-mana pihak yang membenarkan warga asing memandu tanpa lesen sah, tanpa kelayakan yang diiktiraf atau tanpa dokumen perjalanan yang sah, boleh dikenakan tindakan perundangan," ujarnya.