Operasi cawangan KDEBWM diiktiraf ISO 9001, 14001
Iklan
SHAH ALAM - Syarikat menawarkan perkhidmatan kutipan sampah domestik di Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM) dan kesemua 12 cawangannya peroleh pensijilan International Organisation for Standardisation (ISO) dengan versi piawaian terkini 9001:2015 dan 14001:2015 bagi pengurusan kualiti dan alam sekitar.
Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, pensijilan ISO 9001 yang merujuk kepada pengurusan kualiti adalah pengiktirafan bertaraf antarabangsa terhadap pematuhan proses dan cara kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta meningkatkan kepuasan pelanggan manakala sijil ISO 14001 menumpukan kepada piawaian alam sekitar.