Minta dikejutkan awal pagi jadi pesanan terakhir Arif Daniel sebelum maut

Iklan
Mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut.

MARAN – Pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dikejutkan awal pagi menjadi komunikasi terakhir antara Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari, 20, bersama ibunya sebelum dia maut dalam kemalangan di Maran, awal pagi Selasa.

Ibu mangsa, Zaimizan Silong, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam sebelum kejadian selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut berpesan supaya dirinya dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, Muhammad Arif Daniel bersama dua lagi mangsa iaitu Masitah Mohd Soad, 59, dan Salbiah Mohamad Sah, 76, maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan.

Iklan

Zaimizan bersama arwah ankanya, Muhammad Arif Daniel.

Jenazah Muhammad Arif Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Chenor, manakala dua lagi mangsa dikebumikan di sekitar kawasan Maran.

Iklan

Berkongsi lanjut, Zaimizan bagaimanapun tidak menyangka pagi itu menjadi detik terakhir buat anaknya selepas dimaklumkan anaknya terlibat dalam nahas tersebut.

Lebih menyayat hati, dia melalui lokasi kejadian ketika menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan sebelum mengetahui mangsa yang maut dalam nahas itu ialah anaknya.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Ab Mutalib menyantuni ibu arwah Muhammad Arif Daniel, Zaimizan di Unit Forensik Hospital Jengka di sini.

"Saya nampak mangsa sudah ditutup dan ada perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati bahawa itu bukan anak saya.

"Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri," katanya sebak.

Arwah ibu tidak pernah terlepas rutin solat Subuh berjemaah

Sementara itu, anak sulung Allahyarhamah Salbiah Mohamad Sah, Atan Abdul Ghani, 50, berkata arwah ibunya tidak pernah meninggalkan rutin menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Menurutnya, ibunya keluar rumah sekitar pukul 5 hingga 5.20 pagi setiap hari dan akan dijemput jirannya, Masitah yang turut maut dalam kemalangan itu.

Jenazah Allahyarham Salbiah selesai dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Jengka dan akan dibawa di tanah Perkuburan Islam Paya Pasir, Chenor.

"Kehilangan ibu amat dirasai kerana Allahyarhamah seorang yang penyayang dan sentiasa mengutamakan kebajikan anak-anak dan jiran tetangga," katanya ringkas.

Jenazah semua mangsa dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sebelum dibawa pulang untuk urusan pengebumian.

Muhammad Arif Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Chenor, manakala Salbiah Mohamad Sah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Batu, Paya Pasir, Maran.