Merhrom rayu campur tangan kerajaan, UNHCR pindahkan etnik Rohingya ke negara ketiga

Iklan
Lebih 100 pelarian Rohingya diusir dari kediaman mereka di Kampung Kuala Muda, Pulau Pinang. Gambar kecil: Zafar Ahmad Abdul Ghani

SHAH ALAM - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) meminta kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) membantu proses menempatkan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga.

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, langkah itu merupakan satu-satunya penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan jumlah pelarian di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, masyarakat Rohingya telah dijadikan tanpa kewarganegaraan oleh pihak tentera Myanmar berikutan genosid yang berterusan yang memaksa mereka meninggalkan negara asal.

"Kami berharap Kerajaan Malaysia dan UNHCR dapat membantu proses penempatan semula kami ke negara ketiga dan pelarian Rohingya tidak boleh dihantar pulang ke Myanmar kerana kami tidak mempunyai kewarganegaraan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCR

Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Polis

Iklan

Rohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?

Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - Polis

Pelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL

Terdahulu, lebih 100 pelarian Rohingya diusir dari kediaman mereka di Kampung Kuala Muda, Pulau Pinang pada Isnin, sebelum mendapatkan bantuan di pejabat UNHCR selepas kehilangan tempat tinggal.

Beliau berkata, insiden itu bukanlah kejadian terpencil kerana situasi sama pernah berlaku di beberapa negeri lain.

Tambah Zafar Ahmad, pihaknya memohon kerajaan Malaysia dan UNHCR mengadakan dialog dengan negara-negara penempatan semula bagi meningkatkan kuota penempatan semula untuk mangsa genosid Rohingya yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

"Oleh itu, kami memohon agar negara-negara penempatan semula meningkatkan kuota untuk pelarian Rohingya memandangkan kami berdepan genosid yang berterusan di tanah air serta status kami yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

"Harapan kami hanyalah untuk hidup dalam keadaan selamat dan bermaruah. Menjadi pelarian tidak bermakna kami kurang nilai sebagai manusia berbanding orang lain," ujarnya lagi.

Beliau meminta ASEAN memainkan peranan lebih aktif dalam mencari penyelesaian terhadap krisis di Myanmar kerana konflik berpanjangan itu memberi kesan kepada negara-negara anggota, termasuk Malaysia yang menjadi antara destinasi perlindungan pelarian.

"Kami tidak memilih untuk menjadi pelarian atau pencari suaka, kami juga tidak memilih untuk meninggalkan keluarga dan negara kami tetapi terpaksa melarikan diri demi menyelamatkan nyawa.

"Kami memerlukan sokongan dan campur tangan segera untuk menamatkan genosid serta kekejaman di Myanmar dan membantu memulihkan demokrasi di negara tersebut," ujarnya lagi.

Pada masa sama, Zafar Ahmad turut itu menasihatkan semua pelarian dan pencari suaka Rohingya di Malaysia supaya terus mematuhi undang-undang negara serta menghormati budaya masyarakat tempatan.