MyCEB perkukuh kerjasama media menjelang MBEW 2026

Iklan
Media Engagement (Vol. 2) edisi kedua menghimpunkan editor, wartawan dan rakan media bagi berkongsi pencapaian terkini MyCEB, inisiatif strategik serta persiapan menjelang Malaysia Business Events Week (MBEW) 2026.

BIRO Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) meneruskan komitmen dalam menjalin kerjasama erat dengan pengamal media menerusi penganjuran Media Engagement (Vol. 2) edisi kedua yang berlangsung di De.Wan 1958 by Chef Wan, Bangsar Shopping Centre.

Sesi yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan editor, wartawan dan rakan media bagi berkongsi pencapaian terkini MyCEB, inisiatif strategik serta persiapan menjelang Malaysia Business Events Week (MBEW) 2026, di samping menghargai peranan berterusan media dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama acara perniagaan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing berkata, MyCEB berjaya memperoleh pelbagai acara perniagaan yang dijadualkan berlangsung dari 2026 hingga 2030.

"Sehingga 30 Jun 2026, MyCEB telah berjaya memperoleh sebanyak 416 acara perniagaan yang akan dianjurkan dari 2026 hingga 2030, dengan anggaran Impak Ekonomi (Estimated Economic Impact - EEI) berjumlah RM3.98 bilion.

Iklan

"Pencapaian ini mencerminkan keyakinan berterusan penganjur antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia, ekosistem industri yang kukuh serta layanan hospitaliti bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, MyCEB terus memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global menerusi misi jualan antarabangsa, kerjasama strategik, pengukuhan komunikasi media dan digital, serta pelbagai inisiatif pembangunan industri yang menyokong pertumbuhan mampan sektor acara perniagaan.

Iklan

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam memperkukuh penglibatan industri, MyCEB turut memperkenalkan edisi sulung BE Horizon Bulletin, penerbitan baharu yang memaparkan pandangan pasaran, perkembangan industri serta kemas kini mengenai landskap acara perniagaan di Malaysia.

Buletin itu, bersama penerbitan dan sumber industri lain, boleh didapati menerusi laman sesawang MyCEB.

Mengulas mengenai perancangan akan datang, Mei Phing mengundang pengamal media untuk menyertai MBEW 2026 yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan tema ‘Weaving Horizons: Shaping the Tapestry of Tomorrow’.

"Media sentiasa menjadi antara rakan strategik paling bernilai kepada MyCEB. Kami berharap dapat mengalu-alukan kehadiran rakan media ke MBEW 2026 ketika kami terus mengetengahkan kisah kejayaan industri acara perniagaan Malaysia serta mengukuhkan kedudukan negara sebagai antara destinasi pilihan bagi acara perniagaan di Asia,” katanya.

MyCEB akan terus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, pemain industri dan rakan media bagi menarik lebih banyak acara perniagaan serta acara sukan antarabangsa bernilai tinggi yang mampu menjana manfaat ekonomi, sosial dan berasaskan pengetahuan secara berterusan kepada Malaysia.