Jeritan 'jangan bunuh saya' bongkar tragedi pembunuhan

Iklan
Keluarga itu mendiami rumah berkenaan kira-kira dua minggu lalu. Foto Agensi

KOTA PALU - Pembunuhan tragis dua anak beranak menggemparkan penduduk setempat.

Tragedi yang meragut nyawa bapa dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun itu berlaku di Jl PDAM, Kelurahan Duyu, Kecamatan Palu Barat, Kota Palu, Sulawesi Tengah di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, keluarga itu mendiami rumah berkenaan kira-kira dua minggu lalu.

Kediaman tersebut turut digunakan sebagai lokasi pemprosesan ayam potong.

Iklan

Kapolresta Palu Kombes Pol Hari Rosena melalui Kasat Reskrim AKP Ismailboby mengesahkan kejadian itu sebagai kes pembunuhan.

"Pihak berkuasa masih menyiasat kronologi dan motif kejadian. Pelaku juga sedang diburu selepas video yang tersebar di media sosial dipercayai memaparkan suspek," ujarnya.

Iklan

Seorang jiran mangsa, Bahtiar, mendakwa dia antara individu pertama yang menyedari kejadian keganasan tersebut.

"Saya sempat mengintai melalui tingkap. Tiba-tiba, ada suara merayu 'jangan bunuh saya'. Tidak lama selepas itu saya terdengar tangisan seorang kanak-kanak dari dalam rumah.

Bakhtiar yang mula mengesyaki sesuatu segera menuju ke rumah keluarga itu sebelum menemukan bapa mangsa terbaring di berhampiran pintu masuk dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh sementara isterinya cedera parah. Anak mereka pula ditemui sudah tidak bernyawa di tempat tidur.

Sementara itu, Unit Siasatan Jenayah Polresta Palu memaklumkan ia telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan memeriksa beberapa saksi serta mengumpul bahan bukti. - Agensi