41,596 warga asing ditahan setakat 15 julai - JIM

Iklan
Zakaria

KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan sebanyak 7,105 operasi merangkumi 96,994 pemeriksaan dan 41,596 penahanan terhadap pendatang asing di seluruh negara setakat 15 Julai lepas, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban. 

Sehubungan itu, beliau berkata, penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) akan terus diperkasa bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Imigresen 1959/63.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam

"Ini menunjukkan kita akan terus mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi. Kita tidak mahu (kesalahan imigresen) terus menjadi barah dalam negara kita, jadi itu kita sedang lakukan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Taman Perindustrian, Kapar Bestari di sini pada Isnin.

Iklan

Mengulas mengenai operasi berkenaan, Zakaria berkata, sebanyak 58 warga asing berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan dalam operasi melibatkan dua premis kilang pemprosesan sisa elektronik di sini. 

Beliau berkata, operasi bersepadu yang bermula 11 pagi tadi melibatkan kekuatan 77 pegawai dan anggota dari Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Alam Sekitar. 

Iklan

"Buat masa ini kita tahan semua 58 yang terlibat kerana mereka tidak dapat membuktikan ada dokumen pengenalan diri itu asasnya. Kemungkinan dokumen ini disimpan oleh majikan, jadi kita akan tahan dulu mereka, dan kita akan berurusan dengan majikan untuk menentukan status keberadaan mereka.

"Kalau ikut daripada operasi kita laksanakan, kita dapati premis ini dilengkapi kamera litar tertutup, di mana mereka memantau pergerakan, terutamanya kalau ada kehadiran penguat kuasa sekitar premis, jadi mereka bersedia untuk sembunyi atau melarikan diri, itu modus operandi yang biasa kita dapati,” katanya. - Bernama