JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam

Iklan
Zakaria

KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil awal April lepas. 

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bersepadu melibatkan agensi berkaitan akan dijalankan sekiranya siasatan mendapati dakwaan itu adalah benar.

Iklan
Iklan

"… contohnya kesalahannya mendirikan rumah di kawasan tertentu itu di luar bidang kuasa JIM. Apa yang kita lihat mungkin kita akan buat operasi secara bersepadu bersama agensi lain (seperti) Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Tanah dan Daerah, semua itu kita akan ambil kira,” katanya. 

Zakaria berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Taman Perindustrian, Kapar Bestari di sini pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan ratusan penempatan haram yang dipercayai didiami ribuan warga asing terus wujud di kawasan pinggir bandar Shah Alam meskipun pelbagai siri serbuan dan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan.

Laporan berkenaan turut memetik tinjauan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman mendapati terdapat penempatan haram dibina di kawasan ladang kelapa sawit, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan. - Bernama 

Iklan