Jika bersalah dalam isu Tabung Haji, hadap proses undang-undang - Anwar
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin di sini pada Isnin.
TAMPIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang tindakan susulan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji perlu melalui proses undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak, termasuk dirinya.
Beliau berkata, kerajaan dijangka membuat keputusan berhubung perkara itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini selepas laporan berkaitan diteliti.
Iklan
Iklan
"Mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita ada keputusan. Ada laporan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin di sini pada Isnin.
Iklan
Anwar berkata, sistem perundangan negara telah menetapkan fungsi setiap institusi secara jelas, bermula daripada badan penyiasat, Jabatan Peguam Negara sehingga kepada mahkamah yang membuat keputusan.
"Sistem kita menetapkan siasatan dibuat oleh badan penyiasat, pendakwaan oleh Peguam Negara dan hukuman diputuskan oleh hakim. Itu bukan urusan Perdana Menteri.
Iklan
Beliau turut menegaskan bahawa integriti dalam pentadbiran adalah asas penting bagi memastikan negara terus aman dan stabil.
"Saya bangkitkan perkara ini kerana bagi saya, negara tidak mungkin dapat mempertahankan keamanan sekiranya mereka yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat akhirnya mengkhianati amanah tersebut," katanya.
Anwar berkata, kerajaan kekal komited mempertahankan prinsip tadbir urus yang baik dengan memastikan setiap dakwaan salah laku disiasat dan diputuskan mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi kepentingan politik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tiada rayuan diterima daripada Network School selepas lesen dibatalkan"><meta itemprop="description" content="Tiada sebarang rayuan diterima daripada pengendali Network School selepas lesen perniagaannya dibatalkan susulan pelanggaran syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pembatalan itu dibuat selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mendapati terdapat dua kesalahan nyata membabitkan operasi pusat berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789564/berita/nasional/tiada-rayuan-diterima-daripada-network-school-selepas-lesen-dibatalkan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NetworkSchool #PBT #Johor"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-27T06:39:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P46S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xash7eq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xash7eq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xash7eq"></script>