BALING – Madrasah Ehya Ulumiddin (Pondok Bongor) di Bongor di sini sedang giat dibangunkan bagi memperluaskan kemudahan pendidikan dan pengajian Islam untuk manfaat masyarakat setempat.
Pengetua Madrasah Ehya Ulumiddin, Hilmi Yaacob berkata, pembinaan itu melibatkan bangunan sekolah, asrama, pondok pelajar, warga emas, suami isteri yang mengikuti pengajian di institusi berkenaan selain rumah guru.