Bekas pengurus syarikat, dua wanita direman SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu

Iklan
Ketiga-tiga suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi permohonan reman.

​KUALA TERENGGANU - Tiga individu termasuk seorang bekas pengurus syarikat produk sejuk beku ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM51,000.

​Perintah reman dikeluarkan Majistret Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Iklan
Iklan

​Suspek lelaki dikenakan perintah reman selama empat hari sehingga 30 Julai, manakala dua lagi suspek wanita direman selama tiga hari sehingga 29 Julai.

Ketiga-tiga suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi permohonan reman.

Iklan

​Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang Ahad ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

​"Tuntutan berkenaan melibatkan tiga transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat serta dua akaun peribadi milik suspek terbabit," katanya.

Iklan

​Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

​Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.