Istana Negeri Sembilan tegas tidak terlibat dengan mana-mana parti politik

Iklan
Kenyataan media Istana Negeri Sembilan menafikan penglibatan dengan mana-mana parti politik

SEREMBAN - Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, semua parti politik dinasihatkan tidak mengaitkan istana semasa ceramah dan kempen Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Institusi Raja merupakan payung perpaduan rakyat yang berperanan memelihara keharmonian, kestabilan serta kesejahteraan negara,"katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu katanya, sebarang dakwaan, kenyataan, gambar, video atau bahan yang mengaitkan Istana Negeri Sembilan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, atau mana-mana ahli kerabat Diraja dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.

Iklan

Beliau berkata, Istana Negeri Sembilan juga menasihatkan semua calon parti politik yang bertanding dalam pilihan raya ini agar mengelakkan daripada memainkan isu berkaitan 3R serta sentiasa berkempen secara berhemah, beretika dan mematuhi undang-undang demi memelihara keharmonian negeri.

"Istana Negeri Sembilan menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan Institusi Diraja terus dihormati dan dipelihara daripada sebarang salah tafsir atau eksploitasi bagi kepentingan mana-mana pihak.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi Istana Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat yang sahih,"katanya.

Kenyataan media ini dikeluarkan susulan tular video seorang pemimpin UMNO yang didakwa Istana Negeri Sembilan dipegang oleh DAP.