HONOR Magic V6 kekal pilihan nombor satu telefon lipat premium

Iklan

Dalam suasana pasaran telefon pintar premium yang semakin kompetitif, satu perkara kekal tidak berubah - kepercayaan pengguna terhadap inovasi yang benar-benar memberi nilai.

Segmen telefon boleh lipat misalnya kini berkembang sebagai lambang teknologi premium, namun dalam pasaran yang semakin mencabar itu, HONOR terus membuktikan kedudukannya apabila Magic V6 kekal menjadi antara pilihan utama pengguna Malaysia.

Iklan
Iklan

Malah, bagi kategori telefon boleh lipat jenis buku (book-style), setiap tiga unit yang terjual di Malaysia, satu daripadanya ialah HONOR. Statistik itu turut menggambarkan bahawa daripada setiap tiga pengguna telefon boleh lipat bersaiz besar di negara ini, seorang memilih HONOR sebagai peranti harian mereka.

Telefon lipat kini simbol teknologi premium

Iklan

Secara asasnya, pasaran telefon boleh lipat hari ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu model flip yang mengetengahkan gaya hidup dan reka bentuk kompak, manakala model lipat buku pula lebih memfokuskan pengalaman produktiviti menerusi paparan skrin yang lebih besar.

Dalam kategori inilah persaingan sebenar berlaku.

Iklan

Telefon lipat buku bukan sekadar menampilkan reka bentuk premium, malah menjadi platform bagi setiap pengeluar memperlihatkan keupayaan teknologi mereka menerusi prestasi cip pemproses, ketahanan engsel, kapasiti bateri, sistem kamera serta pengalaman penggunaan secara keseluruhan.

Di sinilah HONOR berjaya meletakkan Magic V6 sebagai penanda aras baharu dalam segmen telefon lipat premium.

Inovasi yang memberi nilai sebenar

Kejayaan Magic V6 bukan hadir secara kebetulan.

Sebagai telefon boleh lipat pertama di dunia yang dijana cip Snapdragon 8 Elite, Magic V6 hadir dengan ketebalan hanya 8.75 milimeter apabila dilipat, sekali gus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa tanpa mengorbankan prestasi.

Peranti itu turut dilengkapi bateri berkapasiti 6,660mAh, terbesar dalam kategori telefon boleh lipat ketika ini, selain menyokong pengecasan berwayar 80W, pengecasan tanpa wayar 66W dan pengecasan tanpa wayar berbalik (reverse wireless charging).

Nipis bukan bermaksud rapuh

Bagi telefon boleh lipat, menghasilkan reka bentuk yang semakin nipis sering kali menjadi cabaran kerana ia perlu diseimbangkan dengan tahap ketahanan yang tinggi.

HONOR bagaimanapun berjaya membuktikan kedua-duanya boleh hadir serentak.

Magic V6 merupakan telefon boleh lipat pertama di dunia yang menerima pensijilan perlindungan berganda IP68 dan IP69, sekali gus menawarkan perlindungan terhadap rendaman air selain mampu menahan semburan air bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi.

Ketahanan itu turut disokong oleh sistem engsel yang menjadi nadi kepada sebuah telefon boleh lipat.

Engsel Magic V6 berjaya melepasi ujian ekstrem apabila digunakan untuk menarik sebuah kapal terbang seberat 1.25 tan dan sebuah kereta sport, sekali gus mencipta rekod ASEAN serta Asia yang membuktikan reka bentuk nipis tidak bermaksud mengorbankan kekuatan struktur.

Lebih pintar merentas ekosistem

Selain prestasi perkakasan, HONOR turut memberi perhatian kepada pengalaman penggunaan harian.

Menerusi HONOR Connect, pengguna bukan sahaja boleh berkongsi fail dengan lebih mudah, malah pemilik peranti Apple seperti iPhone, Mac, AirPods dan Apple Watch turut menikmati pengalaman pemindahan fail serta penyegerakan notifikasi yang lebih lancar.

Pendekatan ini sekali gus membuka ruang kepada pengguna menikmati fleksibiliti merentas ekosistem yang sebelum ini dianggap sukar dicapai dalam kategori telefon boleh lipat.

Pasaran premium berdepan gelombang baharu

Dalam masa sama, industri telefon pintar premium global kini berdepan tekanan akibat peningkatan kos komponen, khususnya memori.

Apple sebelum ini menaikkan harga beberapa produk dan perkhidmatannya dengan menjelaskan peningkatan permintaan pusat data kecerdasan buatan (AI) terhadap cip memori serta storan sebagai antara faktor utama.

Pemerhatian IDC pula menunjukkan sebahagian besar kapasiti pengeluaran wafer kini dialihkan kepada penghasilan memori jalur lebar tinggi (HBM) untuk pelayan AI, sekali gus mengecilkan bekalan memori bagi industri telefon pintar.

Malah, Counterpoint Research melaporkan harga DRAM telefon pintar meningkat hampir 70 peratus sejak awal 2025 dengan kos memori kini menyumbang lebih 20 peratus daripada keseluruhan kos bahan bagi telefon pintar kelas pertengahan dan premium.

Nilai lebih penting daripada harga

Siri Samsung Galaxy Z Fold 8 generasi terbaharu yang baru dilancarkan turut tidak terkecuali — harga versi 1TB mencecah RM10,000.

Tekanan kos yang sama turut menyebabkan HONOR membuat pelarasan harga siri telefon boleh lipatnya buat kali pertama selepas tiga generasi produk.

Namun dalam landskap pasaran hari ini, pengguna bukan lagi sekadar melihat kepada tanda harga.

Apa yang semakin menjadi pertimbangan ialah sejauh mana sesuatu inovasi benar-benar memberikan pengalaman yang lebih baik, lebih tahan lama dan berbaloi untuk dimiliki.

Dengan kedudukan yang terus kukuh dalam pasaran telefon boleh lipat premium Malaysia, HONOR Magic V6 dilihat bukan sekadar mengikuti perubahan industri, malah terus memacu hala tuju baharu bagi segmen telefon lipat kelas premium.