Laman web Platinium Group Queue-Fair diserbu

Iklan
Peminat terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan tiket Grand Prix Formula 1 Gulf Air Bahrain.

SHAH ALAM – Laman web Platinium Group Queue-Fair dibanjiri peminat sehingga tempoh menunggu bagi mendapatkan tiket Grand Prix Formula 1 Gulf Air Bahrain hampir 50 minit.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, keadaan itu berlaku selepas pengumuman pada petang tadi bahawa saingan F1 akan kembali berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Iklan
Iklan

Paparan laman web itu turut memaparkan sebanyak 15,998 pengguna sedang menunggu untuk membeli tiket F1.

Terdahulu, media melaporkan Bahrain masih bersedia menanggung kos penganjuran, perlumbaan itu akan dipersembahkan sebagai Grand Prix Bahrain yang dianjurkan di Malaysia, namun nama rasmi perlumbaan itu masih belum diputuskan.

Iklan

Grand Prix Bahrain sepatutnya berlangsung pada April lalu, namun ditangguhkan pada Mac bersama Grand Prix Arab Saudi susulan perang di Iran.

Bahrain berharap dapat menjadualkan semula perlumbaan itu pada 4 Oktober iaitu hujung minggu di antara perlumbaan di Azerbaijan dan Singapura, namun peningkatan konflik bulan ini menyebabkan rancangan itu tidak dapat diteruskan.

Iklan

Perang di Iran turut memaksa F1 menilai semula baki jadual musim ini kerana kalendar 2026 pada asalnya mengandungi 24 perlumbaan, dengan empat daripadanya berlangsung di Asia Barat.

Situasi itu turut memberi kesan kepada penghujung musim.

Selain perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi, musim F1 dijadual berakhir dengan perlumbaan berganda di Qatar dan Abu Dhabi.

Sepang pernah menjadi antara venue perlumbaan yang popular sebelum digugurkan daripada kalendar F1 selepas edisi 2017.