Bukan lagi pilihan terakhir, Politeknik Jeli terima lebih 8,000 permohonan sesi baharu
Iklan
Penuntut menghasilkan inovasi buggy solar pertama di Kelantan.
JELI - Lebih 8,000 permohonan diterima Politeknik Jeli Kelantan bagi kemasukan sesi 1 2026/2027 untuk merebut hanya 360 tempat yang disediakan, membuktikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi antara pilihan utama.
Pengarah Politeknik Jeli Kelantan, Mohd Zamre Ab Rahman berkata, permintaan luar biasa itu dipacu minat mendalam calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap sektor keterjaminan makanan dan tenaga hijau, sekali gus memadam stigma lapuk terhadap pendidikan vokasional.
Iklan
Iklan
“Selebihnya pemohonan program Diploma Teknologi Akuakultur dan Diploma Kejuruteraan Elektrik Tenaga Hijau di Politeknik Jeli turut jadi pilihan calon,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa memperkenalkan inovasi buggy solar yang dibangunkan penuntut semester tiga Diploma Kejuruteraan Elektrik Tenaga Hijau di sini pada Ahad.
Iklan
Mohd Zamre
Menurut beliau, pihaknya tidak dapat menampung kesemua calon dan menerima seramai 397 pelajar baharu, sekali gus melepasi unjuran asal.
Iklan
"Kami menerima sehingga kapasiti maksimum atas dasar mahu memberikan peluang kepada anak bangsa.
“Malah bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik Tenaga Hijau, kami terpaksa membuka dua kelas penuh dengan pengisian 80 pelajar, berbanding hanya 29 pelajar tahun lepas,” katanya.
Susulan lonjakan imej TVET ini, katanya, pihak pengurusan merancang pelan pembesaran infrastruktur kampus demi menjaga kebajikan 1,300 pelajar keseluruhan.
"Bagi menampung permintaan yang terus meningkat ini, kami dalam perancangan untuk memohon peruntukan membina satu lagi blok asrama baharu serta kemudahan bengkel latihan khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan datang," jelas beliau.
Mohd Zamre (kanan) melihat penuntut memeriksa bateri pada buggy solar.
Mengulas faktor bidang pertanian kini menjadi rebutan, Mohd Zamre menegaskan isu keterjaminan makanan yang sering ditekankan Kementerian Pendidikan Tinggi membuka mata generasi muda.
Menurutnya, Politeknik Jeli kini tidak lagi mengajar kaedah pertanian konvensional, sebaliknya pembelajaran diperkasa dengan teknologi tinggi seperti sistem biofloc untuk penternakan ikan dan pertanian pintar bagi memastikan graduan mampu berdikari.
“Matlamat utama kami ialah melahirkan graduan berkemahiran tinggi.
“Selepas amat pengajian nanti, mereka mampu mengusahakan industri sendiri atau menjadi usahawan tani moden,” tegas beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>