Udang galah Kuala Lawas tarik pelancong Brunei

Iklan
Kuetiau dan Mi Bandung Udang Galah merupakan antara hidangan yang paling mendapat sambutan di Norain Kitchen & Catering di Teratak Warisan Kampung Dato Kuala Lawas. - Bernama

LAWAS - Kuetiau dan Mi Bandung Udang Galah merupakan antara hidangan yang paling mendapat sambutan di Norain Kitchen & Catering di Teratak Warisan Kampung Dato Kuala Lawas.

Kesanggupan pelancong Brunei membuat tempahan meja sehingga dua minggu awal untuk menikmati hidangan berasaskan udang galah di Norain Kitchen & Catering menunjukkan Kuala Lawas semakin mencipta nama sebagai destinasi gastronomi rentas sempadan.

Iklan
Iklan

Pemiliknya Norain Abdul Rahman berkata ia paling ketara pada hujung minggu dan musim cuti sekolah apabila gerai di Teratak Warisan Kampung Dato Kuala Lawas, kira-kira sejam dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap, dipenuhi pelanggan dari Brunei, selain Sabah, Miri dan penduduk tempatan - Bernama