PRN Negeri Sembilan: Ahmad Zahid nafi manifesto BN tiru parti lain
Iklan
Ahmad Zahid berkata, manifesto BN yang dilancar pada Jumaat merupakan kesinambungan agenda yang telah digariskan parti itu sebelum ini dan ditambah baik mengikut keperluan semasa. - Gambar fail Bernama
PORT DICKSON - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa manifesto BN yang dilancar pada Jumaat meniru manifesto parti lain.
Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata, manifesto berkenaan merupakan kesinambungan agenda yang telah digariskan BN sebelum ini dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.
Iklan
Iklan
“Tidak timbul soal copy-paste (manifesto) kerana dari 2004 hingga 2018, manifesto itu telah kami garapkan dan ini dilakukan untuk improvisasi daripada apa yang telah sedia ada.
“Kita nak melakukan kesinambungan terhadap agenda yang tergendala sebelum ini apabila kita tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan (negeri) pada 2018,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Lukut di sini semalam.
Iklan
Iklan
Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>