Semua jawatan utama dalam KEMAS perlu dijadikan perjawatan tetap - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap pada Hari Kemahiran dan Alpha Gen Talent@Kemas Peringkat Negeri Sembilan 2026 di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah hari ini. - Foto: Bernama
KUALA PILAH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), memastikan semua jawatan utama dalam jabatan itu berstatus tetap, bertujuan bagi memperkukuh skim perkhidmatan serta menjaga kebajikan warganya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, usaha itu juga perlu merangkumi penambahbaikan kepada skim perkhidmatan guru KEMAS, termasuk penawaran gaji dan elaun yang lebih menarik.
Iklan
Iklan
"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah KEMAS (Datuk Mohd Hanafiah Man) mengambil kepedulian terhadap skim perkhidmatan baharu kepada seluruh guru KEMAS, dengan gaji dan elaun yang lebih menarik.
"Selama ini skim perkhidmatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), meletakkan KEMAS berada dalam jawatan kontrak. Saya juga arahkan Ketua Pengarah KEMAS supaya semua jawatan utama di dalam KEMAS dijadikan sebagai jawatan tetap,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kemahiran KEMAS dan Program Alpha Gen&Talent@KEMAS Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Hanafiah, di sini hari ini.
Ahmad Zahid turut menyifatkan KEMAS sebagai antara jabatan di bawah kementeriannya yang paling aktif mendekati masyarakat, serta terus membuktikan keupayaannya dalam pembangunan modal insan sejak lebih enam dekad penubuhannya.
Iklan
Beliau berkata, pengiktirafan antarabangsa yang diterima KEMAS menerusi pendidikan awal kanak-kanak, membuktikan komitmen tinggi guru serta warga kerjanya, meskipun berdepan pelbagai kekangan.
Ahmad Zahid berkata, meskipun mungkin terdapat kelas KEMAS yang serba sederhana dari segi kemudahan, namun komitmen yang ditunjukkan para guru dan tenaga kerja KEMAS membuktikan agensi itu mampu mencapai kemajuan serta mendapat pengiktirafan pada peringkat dunia.
"Nampak saja kelas KEMAS ini kecil, ada yang daif keadaannya, nampak juga guru-guru KEMAS yang seolah-olah tidak ada kepedulian, tetapi komitmen yang diperlihatkan oleh guru-guru KEMAS dan tenaga KEMAS, mendapat pengiktirafan dunia sebagai petanda kita boleh maju lagi ke hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, penganjuran program hari ini menunjukkan keprihatinan KEMAS bukan sahaja terhadap pelajar dan guru, malah turut melibatkan ibu bapa serta masyarakat setempat.
"Ertinya selama enam dekad KEMAS berada di persada masyarakat, ia telah memperlihatkan bahawa jangan pernah pandang rendah kepada kemampuan KEMAS di seluruh negara,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>