[VIDEO] 'Saya tak sedap hati tingkap rumah inap tiada jeriji' - Ibu mangsa
Iklan
​KUALA TERENGGANU — Ibu kepada kanak-kanak yang ditemui maut di parkir Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini mengakui berasa tidak sedap hati kerana kediaman berkenaan tidak dilengkapi jeriji keselamatan.
Nor Azera
Iklan
Iklan
​Nor Azera Ismail, 36, berkata, dia agak terkilan memandangkan niat asal mereka sekeluarga menetap di situ untuk menginap sementara selama dua malam bagi menghadiri seminar.
​"Saya sampai rumah ni dalam jam 9.30 malam semalam (Jumaat). Tak sangka tingkap rumah ni tak ada geriji. Nak cari rumah lain pun sebab dah malam.
Iklan
​"Jadi saya dan suami, Mubi Mat Husin, 38, memilih untuk menetap sahaja di situ malam tadi," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak autisme ditemui maut di parkir pangsapuri
Iklan
Ibu mangsa, Nor Azera Ismail, 36, tidak dapat menahan kesedihan. Foto Bernama
​Dalam kejadian tersebut, anaknya, Nur Muazzah Aisyah Mubi, 7, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
​Menceritakan semula detik sebelum kejadian, Nor Azera berkata, dia sama sekali tidak menyangka anaknya akan bangun daripada tidur dan membuka tingkap berkenaan.
​"Saya sebenarnya rasa tak sedap hati bila sedar tingkap di rumah inap ni tak ada jeriji keselamatan dan tidak berkunci. Sebelum tu sekitar pukul 12 tengah malam tu anak saya cuba nak buka tingkap. Sebenarnya saya tak sangka tingkap tu tak berkunci.
Bapa mangsa, Mubi Mat Husin, 38, tidak dapat menahan kesedihan susulan anaknya Nur Muazzah Aisyah berusia tujuh tahun yang maut di inap desa. Foto Bernama.
​Katanya, dia hanya bangun sekitar jam 6 pagi untuk mandi dan bersiap di ruang tamu memandangkan cermin hanya ada di ruangan itu manakala anaknya masih berada di tempat tidur.
​"Tengah bersiap tu, ada orang hantar mesej melalui WhatsApp, jadi saya pun buka telefon nak tengok. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah dengan kuat.
​"Saya pelik siapa yang ketuk pintu sebab saya bukan orang situ. Bila saya buka pintu, orang tu beritahu yang anak saya terjatuh. Saya segera meluru ke tingkap untuk jenguk ke bawah dan nampak tubuh anak saya di tempat letak kenderaan,"ujarnya.
Ibu mangsa, Nor Azera Ismail, 36 (kanan) bersama suaminya, Mubi Mat Husin, 38 (lima kiri) menuntut jenazah anaknya Nur Muazzah Aisyah berusia tujuh tahun. Foto Bernama.
Jelas Nor Azera, kejadian itu berlaku dengan begitu pantas dan mereka tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan sebelum kejadian.
​"Benda ni berlaku terlalu cepat... saya langsung tak dengar apa-apa bunyi sebelum tu. Sepatutnya kami menginap semalam sahaja dan memang dah siap kemas barang dari pagi sebab nak check-out.
​Urusan bedah siasat jenazah dijangka selesai jam 5 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan.
​Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797302/berita/semasa/keputusan-kediaman-menempatkan-najib-masih-belum-dimuktamadkan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.