PENTADBIRAN Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus dan 12.5 peratus terhadap barangan dari 60 rakan dagang termasuk Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan itu susulan dakwaan kegagalan negara terlibat menguatkuasakan larangan buruh paksa.
Selain Malaysia, AS mengenakan tarif 10 peratus terhadap barangan dari Argentina, Bangladesh, Britain, Kemboja, Kanada, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, India, Indonesia, Jordan, Mexico, Pakistan, Sri Lanka serta Trinidad dan Tobago.
EU, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Switzerland pula dikenakan kadar yang bersama tarif sedia ada akan menjadikan jumlah keseluruhan antara 10 hingga 12.5 peratus.
Sebanyak 38 negara lain dikenakan kadar 12.5 peratus termasuk China yang sebelum ini dituduh AS menahan etnik Uyghur dalam kem buruh, dakwaan yang dinafikan Beijing.
Dari sudut positif, kadar 10 peratus yang itu adalah antara yang terendah di ASEAN.
Perkara itu selari dengan pandangan Perdana Menteri yang menyifatkan kadar tersebut sebagai 'melegakan'.
Perkembangan ini membolehkan negara kekal lebih kompetitif berbanding negara yang dikenakan tarif lebih tinggi.
Selain itu, negara berpeluang menarik pelaburan baharu seperti dalam sektor elektrik dan elektronik serta pembuatan bernilai tambah tinggi.
Pada masa sama, kerajaan perlu memperketat penguatkuasaan undang-undang buruh agar selari dengan pematuhan piawaian dan perundangan antarabangsa.
Bagi kerajaan, cabaran sebenar ialah mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai rakan dagang yang dipercayai.
Negara perlu memperkukuh daya saing bagi memastikan dasar pelaburan dan peraturan perniagaan kekal cekap bagi menarik pelaburan berkualiti.