Dua pelajar perempuan ditemukan maut

Iklan
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut berhampiran sebuah flat kosong dekat Buntong di sini pada Jumaat.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut berhampiran sebuah flat kosong dekat Buntong di sini pada Jumaat.

Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik itu dikatakan belajar di sekolah yang sama di Ipoh dengan mengikuti pembelajaran sesi petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar perempuan ditemukan maut

Iklan

Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

'Anak saya masih pakai baju PJ sama seperti hantar ke sekolah' - Ibu pelajar maut

Iklan

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi proses bedah siasat sebaik pasukan forensik selesai menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Ibu salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Seela, 36, berkata, dia menghantar anaknya serta rakannya itu ke sekolah dari kediaman mereka di Menglembu kira-kira jam 1 petang.

Bagaimanapun katanya, sekitar jam 4.50 petang, satu panggilan diterima, memaklumkan anaknya berada di kawasan perumahan kosong tersebut.

"Saya sempat tengok keadaan dia, masih memakai baju PJ (pendidikan jasmani), pakaian sama sepertimana saya hantar ke sekolah tadi.

“Saya tidak tahu kenapa anak saya boleh berada di sini. Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah pun datang ke tempat begini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik itu dikatakan belajar di sekolah yang sama di Ipoh dengan mengikuti pembelajaran sesi petang.

Seela mengakui masih terkejut dan sukar menerima kejadian yang berlaku apatah lagi mangsa tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah mengadu apa-apa masalah berkaitan sekolah.

"Anak saya memang pendiam sedikit tetapi sepanjang pengetahuan saya, semua hal sekolah dan pelajaran dia dalam keadaan baik.

Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Selama ini, pergi dan balik sekolah, saya yang hantar dan jemput, setiap hari. Tak sangka perkara begini boleh berlaku terhadap anak saya," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi proses bedah siasat sebaik pasukan forensik selesai menjalankan siasatan di tempat kejadian.

 

..........................................................

 

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)