JAGUH Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao menerusi kemenangan TKO pada pusingan kelima dalam aksi The Inner Circle 23 di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam ini.
Petarung berusia 22 tahun itu mempamerkan aksi penuh yakin dan disiplin tinggi ketika berdepan Sam-A sebelum memastikan kemenangan bergaya menerusi penyudah pada pusingan terakhir.
Iklan
Iklan
Kejayaan itu menyaksikan Aliff melakar pencapaian terbesar dalam kariernya selain menjadi antara petarung Malaysia paling berjaya dalam pentas ONE Championship.
Kemenangan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu turut meneruskan rentak cemerlang Aliff apabila mencatat kemenangan keenam berturut-turut dalam organisasi berkenaan.
Dengan kemenangan itu, Aliff akan menentang juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai dalam aksi penyatuan gelaran sebaik juara berkenaan kembali daripada kecederaan.
Sebelum pertarungan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menzahirkan sokongan kepada Aliff sambil menggesa rakyat Malaysia berdiri di belakang wakil negara itu dalam usahanya memburu gelaran dunia.
Artikel Berkaitan