Kedutaan Iran kongsi ilustrasi 'sapu' bendera AS keluar dari Asia Barat

Iklan
Ilustrasi berkenaan dikeluarkan ketika ketegangan antara Iran-AS kembali memuncak. Foto: Firstpost

TEHERAN – Kedutaan Iran di Armenia berkongsi satu ilustrasi simbolik memaparkan penyapu menyapu bendera Amerika Syarikat (AS) keluar dari peta Asia Barat, dalam mesej yang dilihat mencerminkan penolakan Teheran terhadap kehadiran serta pengaruh ketenteraan Washington di rantau berkenaan.

Ilustrasi itu dimuat naik menerusi saluran rasmi kedutaan tanpa penjelasan lanjut, namun dipercayai sebahagian daripada mesej politik Iran yang semakin lantang ketika ketegangan dengan AS terus memuncak.

Iklan
Iklan

Perkongsian tersebut hadir ketika konflik kedua-dua negara memasuki fasa lebih berbahaya selepas AS melancarkan beberapa siri serangan ke atas sasaran ketenteraan Iran, termasuk di Pulau Qeshm dan kawasan berhampiran Bandar Abbas.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas beberapa pangkalan tentera AS di rantau Teluk, termasuk di Jordan, Bahrain dan Kuwait, selain mengancam akan menyasarkan infrastruktur negara sekutu Washington sekiranya serangan diteruskan.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, ketegangan di Selat Hormuz kembali meningkat apabila Iran memperketat kawalan ke atas laluan perkapalan strategik itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan tenaga global dan meningkatkan risiko konflik yang lebih meluas di Asia Barat. - Agensi