Pelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia selepas dilaporkan kritikal

Iklan
Pelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia.

HANYA beberapa jam selepas berita mengenai keadaan kesihatan Lydia Ibtisam kritikal menjadi perhatian, pelakon yang dikenali menerusi drama Impian Illyana dilaporkan meninggal dunia.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh pelakon Mimi Ernida menerusi satu hantaran di Threads yang memaklumkan Lydia telah menghembuskan nafas terakhir

Iklan
Iklan

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh pelakon Mimi Ernida menerusi satu hantaran di Threads yang memaklumkan Lydia telah menghembuskan nafas terakhir

Penyanyi Elliza Razak juga berkongsi berita sedih itu menerusi Instastory miliknya.

Iklan

Sebelum ini Elliza yang juga rakan baik, memohon orang ramai mendoakan kesihatan Lydia yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi penyakit autoimun dan jangkitan kuman sehingga menjejaskan fungsi organ dalamannya.

Penyanyi Elliza Razak berkongsi gambar dengan Lydia Ibtisam.

Iklan

Elliza turut berkongsi Lydia telah beberapa kali menerima rawatan di hospital sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot. -  Awani/Gempak