Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah membabitkan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

Iklan
Iklan

Keadaan sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta Pahang (Rompin).

Negeri lain yang turut terjejas ialah Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang). - Bernama 

Iklan
Iklan