Rakyat diarah laksana solat hajat khas doakan kesihatan Sultan Terengganu

Iklan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

​Memetik laporan portal rasmi kerajaan negeri pada Rabu, JHEAT menetapkan solat hajat berkenaan diadakan selepas solat Jumaat pada 24 Julai ini melibatkan seluruh masjid di Terengganu.

Iklan
Iklan

​Bagi surau pula, pelaksanaan solat hajat tersebut diselaraskan selepas solat Isyak pada 24 Julai bersamaan 9 Safar 1448 Hijrah.

​Pelaksanaan solat hajat berkenaan diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Terengganu dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

Iklan

​Sehubungan itu, JHEAT meminta kerjasama semua pihak, khususnya jawatankuasa pengurusan masjid dan surau supaya melaksanakan arahan tersebut mengikut ketetapan yang ditetapkan.

​Pihak jabatan turut menyeru orang ramai untuk hadir bersama-sama bagi menjayakan majlis berkenaan.

Iklan