Cadangan pendekkan tempoh kenaikan pangkat tingkat motivasi penjawat awam - Keptan

Iklan
Penjawat awam yang bermotivasi dan dihargai akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong aspirasi Malaysia Madani. Gambar kecil: Mohd Ridzuan

SHAH ALAM - Cadangan memendekkan tempoh kenaikan pangkat penjawat awam merupakan satu pendekatan yang selari dengan keperluan semasa dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan motivasi warga penjawat awam.

Setiausaha Agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan), Mohd Ridzuan Kamarulbahrain berkata, ini kerana penjawat awam merupakan tulang belakang pentadbiran negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengiktirafan terhadap prestasi dan pengalaman melalui laluan kenaikan pangkat yang lebih munasabah akan meningkatkan semangat bekerja, menggalakkan pembangunan kompetensi dan memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi.

"Usaha mempercepatkan laluan kenaikan pangkat juga mampu menarik dan mengekalkan bakat dalam perkhidmatan awam, di samping mengiktiraf sumbangan pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Iklan

Sebelum ini, kerajaan akan meneliti tempoh kenaikan pangkat penjawat awam khususnya bagi sesetengah kategori yang mengambil masa sehingga lapan tahun.

Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang bagi memastikan proses kenaikan pangkat yang terlalu lama dapat dipercepatkan.

Iklan

Tambah Mohd Ridzuan, Keptan turut berpandangan bahawa pelaburan terhadap pembangunan kerjaya dan kebajikan penjawat awam merupakan pelaburan strategik negara.

Jelasnya, penjawat awam yang bermotivasi dan dihargai akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong aspirasi Malaysia Madani.

"Keptan berharap perincian pelaksanaan cadangan ini akan dibincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan, termasuk kesatuan-kesatuan sekerja bagi memastikan dasar yang bakal dilaksanakan benar-benar memberi impak positif kepada perkhidmatan awam," ulasnya.