Kes bunuh warga asing: Polis tidak tolak tangkapan baharu

Iklan
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor pada Rabu. Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Motif sebenar kes pembunuhan seorang lelaki warga asing yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, masih dalam siasatan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah melaksanakan beberapa siri tangkapan membabitkan warga asing yang senegara dengan mangsa.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih belum selesai dan kita cuba mengenal pasti motif sebenar," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan terdapat tangkapan baharu, Shazeli tidak menolak kemungkinan perkara itu.

Iklan

"Insya-ALLAH, berdasarkan tangkapan awal yang dijalankan, kita dapati mungkin ada maklumat yang dapat membantu siasatan.

"Kita percaya individu yang terlibat juga warga asing," ujarnya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:  Lima warga asing ditahan kes tikam lelaki

Mayat lelaki dengan kesan tikaman ditemui tepi jalan - Polis

Sebelum itu, seramai lima lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an diberkas bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Mahkota Cheras pada Isnin.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kajang mengesahkan punca kematian mangsa akibat pendarahan pada bahagian abdomen yang berpunca daripada kecederaan tikaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai menunjukkan sekumpulan lelaki mengangkat mayat sebelum ditemukan penduduk.