PGA Briged Utara rekod rampasan RM77 juta, 862 kes
Iklan
Mohd Yusri (tengah) ketika sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Ujian Rentas Halangan JKDNKA 2026 di Lapang Sasar Briged Tengah, PGA pada Rabu.
KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merekodkan rampasan bernilai lebih RM77 juta menerusi operasi membanteras jenayah rentas sempadan sejak 2023 hingga Jun lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sepanjang tempoh itu, Briged Utara turut merekodkan 862 kes jenayah rentas sempadan dengan 1,403 tangkapan.
Iklan
Iklan
"Kejayaan tersebut dicapai menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan termasuk Op Tiris yang memfokuskan usaha membanteras penyeludupan barang kawalan seperti diesel, petrol, gula, tepung, minyak masak dan gas petroleum cecair (LPG)," katanya.
Mohd Yusri berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Ujian Rentas Halangan JKDNKA 2026 di Lapang Sasar Briged Tengah, PGA pada Rabu.
Iklan
Mohd Yusri berkata, usaha penguatkuasaan bukan hanya tertumpu di sempadan utara, malah turut melibatkan kawasan sempadan dari Kelantan hingga Perlis serta Sabah dan Sarawak.
"JKDNKA sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan tindakan tegas diambil berdasarkan peruntukan undang-undang dan akta yang berkuat kuasa," katanya.
Iklan
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusri berkata, JKDNKA kini mempunyai kekuatan kira-kira 25,000 pegawai dan anggota yang menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan awam serta mempertahankan kedaulatan negara.
"Kekuatan itu membolehkan penugasan dilaksanakan secara menyeluruh meliputi tiga domain utama, iaitu udara, daratan dan lautan.
"Setiap pegawai dan anggota JKDNKA bertugas di pelbagai lapangan, khususnya di kawasan sempadan, perairan dan pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara," katanya.
Terdahulu, media melaporkan beberapa lokasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dikenal pasti polis sebagai hotspot yang sering dieksploitasi sindiket untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan.
Statistik Briged Utara PGA menunjukkan ancaman penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand masih tinggi, terutama di Perlis dan Kedah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>