'Suami sempat telefon tanya khabar anak-anak sebelum kemalangan'

Iklan
Noraida menunjukkan gambar arwah suami ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tanah Merah pada Selasa.

TANAH MERAH - Isteri kepada mangsa kemalangan maut, Norazeman Abdul Aziz, 42, iaitu Noraida Talib, 46, berkata, suami sempat menghubunginya bertanyakan khabar anak-anak sebelum kejadian berkenaan.

Norazeman dan dua lagi sahabatnya maut di lokasi selepas lori yang membawa muatan ayam dari Utara ke Tendong, Pasir Mas dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Batu 7, Batang Merbau, Lebuh raya Timur Barat di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut Noraida, itu adalah perbualan terakhir mereka berdua dan sebelum kejadian suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Noraida (dua dari kanan) bersama ahli keluarga hadir di Unit Forensik Hospital Tanah Merah pada Selasa.

Iklan

"Sudah 10 tahun suami bekerja sebagai pemandu lori untuk menyara kami sekeluarga.

Terdahulu, seorang pemandu dan dua kelindan lori ayam maut selepas dipercayai merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Batu 7, Batang Merbau, Lebuh raya Timur Barat di sini pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa Norazeman, Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan I, Mat Nuri Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.26 pagi dan mendapati ketiga-tiga mangsa tersepit.

Menurut beliau, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Noraida yang merupakan suri rumah dan mempunyai lima orang anak berusia tujuh hingga 2l tahun itu memberitahu, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lawa di sini.

Menurutnya yang tinggal di Gong Nangka, Pasir Puteh, sehingga sekarang dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpa suami.