12 lelaki ditahan kes gaduh ketika tonton final Piala Dunia

Iklan
Tangkap layar tular insiden pergaduhan di sebuah restoran di Taman Daya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seramai 12 lelaki tempatan berusia antara 15 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran ketika menonton final Piala Dunia 2026 di Taman Daya, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.40 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menjalankan operasi sekitar jam 10 pagi hingga 11 pagi dan berjaya menahan kesemua suspek di sekitar Taman Setia Indah, Johor Bahru.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tangkap layar tular insiden pergaduhan di sebuah restoran di Taman Daya Johor Bahru.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Iklan

Jelasnya, permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru pada Selasa bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut beliau, motif atau punca kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran, Hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 bagi membantu siasatan.

Sebelum itu tular video berdurasi 38 saat memaparkan insiden pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku ketika menonton Piala Dunia 2026.