KEPUTUSAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menobatkan kapten Sepanyol, Rodri sebagai pemenang Anugerah Bola Emas Piala Dunia 2026 mengundang pelbaga reaksi apabila ramai berpendapat Lionel Messi lebih layak menerima penghormatan berkenaan.
Kontroversi itu semakin hangat apabila laungan 'Messi... Messi...' bergema di Stadium New York New Jersey ketika Rodri melangkah ke pentas menerima anugerah pemain terbaik kejohanan sejurus selepas Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 dalam aksi final.
Iklan
Iklan
Rodri dipilih selepas memainkan peranan penting mengemudi bahagian tengah Sepanyol sepanjang kejohanan sehingga muncul juara dunia, namun statistik Messi turut mengundang persoalan terhadap keputusan FIFA.
Kapten Argentina itu menamatkan kempen dengan lapan gol dan empat bantuan jaringan, selain membawa juara bertahan mara ke final buat kali kedua berturut-turut serta meraih lima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan.
Sementara itu, penyerang Perancis, Kylian Mbappe memenangi Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol, manakala Messi menerima Kasut Perak sebagai penjaring kedua terbanyak.
Kejayaan Rodri turut melengkapkan dominasi Sepanyol apabila tiga daripada empat anugerah individu utama kejohanan dimenangi pemain La Roja, termasuk Unai Simon yang merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pau Cubarsi sebagai Pemain Muda Terbaik.
Artikel Berkaitan