Tuah sebut nama sendiri hadiahkan Danish tempat pertama cabutan bertuah

Iklan
Danish ketika menerima hadiah cabutan bertuah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

SHAH ALAM -"Setiap kali cabutan bertuah dibuat, saya akan sebut nama sendiri dalam hati, tak sangka akhirnya saya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama."

Demikian reaksi Danish Imran Mohd Jaki, 27, selepas memenangi hadiah utama cabutan bertuah SPIN THE WHEEL SINAR HARIAN sempena program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Danish yang bekerja sebagai ejen kapal berkata, dia hadir bersama seorang rakan dari Klang bagi memeriahkan program sambil menyaksikan aksi final Piala Dunia FIFA 2026.

Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, namun tetap berdoa setiap kali sesi cabutan berlangsung.

Iklan

"Saya memang akan sebut nama sendiri dalam hati setiap kali nombor hendak dicabut, Alhamdulillah, kali ini doa saya dimakbulkan.

"Bila nama diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, saya memang terkejut dan sangat bersyukur," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, pemenang tempat kedua, Tan Chee Haopl, 25, berkata, dia langsung tidak menyangka tuah menyebelahinya apabila hadir ke program tersebut bersama bapanya.

Chee Hao menerima hadiah cabutan bertuah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Chee Hao yang bekerja sebagai cef berkata, dia hanya berjalan kaki dari rumahnya di Seksyen 7 kerana lokasi program berhampiran kediamannya.

"Saya datang bersama ayah untuk melihat suasana dan menyaksikan perlawanan.

"Memang tak sangka boleh menang kerana saya datang sekadar ingin memeriahkan program ini," katanya.

Cabutan bertuah SPIN THE WHEEL SINAR HARIAN menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung, termasuk sebuah Sony PlayStation 5 Slim Disc, Nintendo Switch 2 Console, Samsung Galaxy Tab A11, Samsung Galaxy A17 LTE 5G, dua pakej penginapan dua hari satu malam di Dash Resort Langkawi serta dua baucar Jakel bernilai RM200 setiap satu.

Program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM bukan sahaja menghimpunkan peminat bola sepak untuk menyaksikan siaran langsung final Piala Dunia FIFA 2026, malah diserikan dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik yang menceriakan pengunjung sepanjang acara berlangsung.