Kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak

Iklan
Allahyarham Danish Hizqeel. Foto Facebook Shining FC

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan di sini, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Shining FC, Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif yang menyertai kelab itu sejak berusia lapan tahun disifatkan sebagai seorang yang bersemangat, rajin berlatih, menghormati jurulatih serta sentiasa membawa senyuman kepada rakan-rakannya.

Iklan
Iklan

Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) memaklumkan Danish Hizqeel mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh komuniti bola sepak negeri. Foto media sosial.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) memaklumkan Danish Hizqeel mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh komuniti bola sepak negeri.

Iklan

Pemergian Allahyarham disifatkan satu kehilangan yang amat besar. Foto media sosial.

Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang itu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan.

Iklan

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Bernama