Seorang maut, beberapa cedera bangunan runtuh akibat gempa bumi di Peru

Iklan
Laporan awal media menyatakan beberapa bangunan turut runtuh di kawasan terjejas. Foto sumber RPP

LIMA - Seorang terbunuh manakala beberapa lagi cedera setakat Ahad susulan gempa bumi yang melanda barat daya Peru lewat Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Institut Geofizik Peru (IGP) merekodkan gempa berukuran 5.1 magnitud, manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menetapkan kekuatannya pada magnitud 5.5.

Iklan
Iklan

Menurut IGP, gempa berlaku kira-kira 9.24 malam (0224 GMT) pada kedalaman 24 kilometer, di selatan bandar Chupaca dalam wilayah Junín.

Laporan awal media menyatakan beberapa bangunan turut runtuh di kawasan terjejas.

Iklan

Peru sering dilanda gempa bumi berikutan pertembungan beberapa plat tektonik.

Negara itu, bersama Chile dan Ecuador terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, zon paling aktif dari segi seismik di dunia. - Bernama-dpa

Iklan