Serbuan bongkar perbualan, katalog tawar khidmat gadis peneman - JIM

Iklan
JIM menyerbu pusat hiburan di Pudu, Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto: JIM

KUALA LUMPUR - Rekod perbualan, transaksi serta katalog yang dipercayai digunakan bagi menawarkan khidmat wanita kepada pelanggan dibongkar dalam serbuan di dua pusat hiburan di Pudu, di sini pada Sabtu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan memaklumkan, Op Gegar dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM kira-kira jam 4 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan menerusi aduan awam dan risikan dua minggu itu berjaya menahan 17 warga asing termasuk tujuh wanita.

"Semakan mendapati tangkapan membabitkan warga Indonesia, Bangladesh serta Myanmar disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Iklan

"JIM turut mengeluarkan tujuh saman kepada saksi terhadap warga tempatan bagi membantu proses siasatan," katanya pada Ahad.

Tambah JIM, semasa operasi, hasil pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit milik salah seorang tangkapan menemukan rekod perbualan, transaksi serta katalog yang dipercayai digunakan bagi menawarkan khidmat wanita kepada pelanggan.

Iklan

Jelasnya, susulan penemuan itu, sepasang suami isteri warga Indonesia yang berperanan sebagai pengendali aktiviti berkenaan telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Pelbagai jenis minuman keras pelbagai jenama dengan nilai rampasan sebanyak RM11,420.31, melibatkan anggaran cukai berjumlah RM26,380.31 turut dirampas. Kes rampasan tersebut telah dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA bagi tindakan lanjut," ujarnya.

Tegas JIM, pihaknya tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.