'Tanpa rakyat Muar, mustahil saya berada di sini' - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq berterima kasih kepada penduduk Muar yang sentiasa bersamanya.

MUAR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau sentiasa terhutang budi kepada rakyat Muar yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan sepanjang perjalanan politiknya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sokongan dan doa warga Muar menjadi kekuatan utama terutama ketika berdepan pelbagai cabaran sepanjang lebih enam tahun lalu.

Iklan
Iklan

“Saya memang daripada awal terhutang budi kepada warga Muar kerana tanpa doa kalian, tanpa sokongan daripada kalian, mustahil saya ada di sini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Muar selepas menamatkan Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer di Laman Maharani pada pagi Ahad.

Iklan

Pada Khamis, Syed Saddiq memulakan misi Larian Kesyukuran sejauh kira-kira 170 kilometer dari pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, di sini menuju ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas melalui perjuangan panjang membersihkan nama dan maruahnya.

Pada 13 Julai lalu, Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

Iklan

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, segala usaha yang dilakukan bukan semata-mata untuk meraih sokongan politik atau kemenangan dalam pilihan raya, sebaliknya sebagai amanah yang perlu dilaksanakan kepada rakyat.

“Kepada yang kata orang Muar undi kerana ini dan itu, jawapan saya mudah. Saya lakukan kerja ini bukan kerana undi atau mahu menang pilihan raya.

“Saya lakukan kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab daripada rakyat Muar serta daripada ALLAH SWT yang wajib saya tunaikan,” katanya.