Polis giat cari lelaki curi duit, rantai dalam kuil

Iklan
Polis sedang giat mencari seorang lelaki yang mencuri seutas rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang dalam kejadian di sebuah kuil di Jalan Tanjong Tualang, Batu Gajah.

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri wang persembahan serta seutas rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang dalam kejadian di sebuah kuil di Jalan Tanjong Tualang, Batu Gajah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.52 petang, Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah mengambil wang yang diletakkan di atas talam selain melarikan seutas rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang di Kuil Dewi Sri Maha Kaliamman.

"Susulan laporan diterima, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah telah menjalankan siasatan dengan mengumpul keterangan daripada saksi-saksi, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta meneliti semua aspek berkaitan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Polis kini sedang giat mengesan dan menangkap suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu Mohd Alwi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Iklan

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Azlan Ab Wahab di talian 013-2755015 atau Sarjan Muhammad Hazim Mohd Yussof di talian 012-3137597, Bilik Gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3629222 atau mana-mana balai polis berhampiran.