Lelaki maut dihempap pokok tumbang, tujuh sekeluarga terima rawatan di hospital

Iklan
Seorang lelaki maut manakala tujuh sekeluarga terima rawatan di hospital selepas dua kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala tujuh sekeluarga terima rawatan di hospital selepas dua kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan Singapura di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.20 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati pokok tumbang berkenaan menghempap dua kenderaan iaitu sebuah Honda Accord dan Perodua Bezza yang dinaiki lapan mangsa.

Anggota pasukan penyelamat menjalankan kerja kerja di lokasi kejadian pada Sabtu.

Iklan

"Kereta Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun mengalami kerosakan teruk selepas dihempap pokok.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4 pagi, Ahad akibat kecederaan dialami," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Siasatan awal mendapati pokok tumbang berkenaan menghempap dua kenderaan iaitu sebuah Honda Accord dan Perodua Bezza yang dinaiki lapan mangsa.

Sazalee berkata, sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki tujuh ahli keluarga yang terdiri daripada lima orang dewasa, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang bayi berusia dua bulan.

"Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan fizikal, namun masih menerima rawatan di HKL bagi pemeriksaan lanjut termasuk sinar-X untuk mengenal pasti sebarang kecederaan dalaman," katanya.

Beliau berkata, kerja pembersihan dan pemotongan pokok oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai kira-kira jam 12 tengah malam.

"Kedua-dua kenderaan yang terlibat turut ditunda bagi melancarkan semula aliran trafik di Jalan Tun Razak," katanya.