Dua tahun dirogol, wanita nekad potong kemaluan bapa mentua

Iklan
Tangkapan layar klip yang tular di media sosial menunjukkan keadaan warga emas itu selepas kemaluannya dipotong. Foto Agensi

MUZAFFARNAGAR – Seorang wanita memotong kemaluan bapa mentuanya menggunakan pisau pemotong kuku selepas mendakwa lelaki berusia 67 tahun itu memperkosa dan mengganggunya secara berterusan selama dua tahun.

Kejadian itu berlaku di Safipur Patti, Jalan Chanderi, kawasan Budhana, Muzaffarnagar di Uttar Pradesh, India pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Warga emas itu dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) untuk mendapatkan rawatan. Namun, doktor merujuknya ke hospital daerah kerana kecederaan tersebut agak serius.

Polis yang menerima aduan segera menahan wanita berkenaan untuk disoal siasat.

Iklan

Ibu kepada dua anak dikenali sebagai Syeda mendakwa perbuatan tidak senonoh itu berlarutan selama dua tahun memandangkan suaminya yang bekerja sebagai penarik beca di Haryana jarang berada di rumah.

Laporan awal mendapati dia pernah membuat aduan kepada komuniti di kawasan kejiranannya, namun tiada tindakan diambil.

Iklan

Pegawai Polis Lingkaran Budhana, Gajendra Pal Singh berkata, mereka sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu berdasarkan keterangan daripada beberapa pihak. - Agensi