Tiga lelaki lakukan rompakan berkumpulan guna parang dihadapkan ke mahkamah

Iklan
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang di sebuah kedai runcit, Mei lepas. Foto Bernama

IPOH - Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang di sebuah kedai runcit, pada Mei lepas.

S. Barani Tharan, 33, Yuvaneswara, 30, dan M. Suntaresswaran, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa merompak wang tunai RM850, sebuah tab jenama Redmi dan sebuah telefon bimbit jenama Vivo milik Phon Tuck Kei, 34, di sebuah kedai di Taman Klebang Ria di sini, pada 5.55 pagi, 31 Mei lepas.

Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang di sebuah kedai runcit, pada Mei lepas. Foto BernamaS. Barani Tharan, 33, Yuvaneswara, 30, dan M. Suntaresswaran, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Foto Bernama

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Raveena berkata perbuatan tersebut satu kesalahan yang tidak boleh jamin, namun mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan kepada ketiga-tiga tertuduh.

Iklan

Justeru, Raveena mencadangkan wang jaminan RM20,000 serta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai, tertuduh perlu dijamin oleh seorang warganegara tempatan dan ketiga-tiga tertuduh dilarang mengganggu mana-mana saksi sehingga kes selesai.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa merompak wang tunai RM850, sebuah tab jenama Redmi dan sebuah telefon bimbit jenama Vivo milik Phon Tuck Kei, 34, di sebuah kedai di Taman Klebang Ria di sini, pada 5.55 pagi, 31 Mei lepas. Foto Bernama

Bagaimanapun peguam Nahtan Krishnan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh dalam rayuannya berkata kesemua anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh kasar, manakala Yuvaneswara sudah berkahwin, sementara Barani Tharan dan Suntaresswaran yang masih bujang menanggung ibu bapa.

Sehubungan itu, Nahtan memohon jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan tidak membantah syarat-syarat tambahan dipohon oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, serta menetapkan 18 Ogos depan untuk serahan dokumen. - Bernama