Pempengaruh didakwa rogol remaja perempuan bawah umur

Iklan
Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Gambar hiasan

KANGAR - Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, Jun lepas.

Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja berusia 14 tahun 10 bulan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar di sini pada 17 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan diperintah supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama