Cubaan gagalkan pertembungan satu lawan satu sanggah muafakat, aspirasi rakyat - Annuar

Iklan
Annuar berkata, pihak yang cuba menggagalkan pertembungan satu lawan satu di PRN Negeri Sembilan dianggap menyanggah muafakat dan aspirasi rakyat. Foto FB Tan Sri Annuar Musa

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyaksikan pertembungan sah satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN).

Justeru, Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak yang cuba menggagalkan pertembungan satu lawan satu di negeri itu dianggap menyanggah muafakat dan aspirasi rakyat.

Iklan
Iklan

"Pihak yang nak gagalkan satu lawan satu adalah yang menyanggah muafakat dan aspirasi rakyat.

"Kita serahkan mereka agar dinilai dan dihukum rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, PN mengumumkan bakal bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang berlangsung 1 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa Majlis Pengumuman Calon PN Negeri Sembilan di Kompas Kampung Ismail, Seremban pada Khamis malam.

Iklan

Menurut beliau, daripada 11 kerusi yang ditandingi, lima kerusi diperuntukkan kepada Pas, empat Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), satu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan satu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Ahmad Samsuri menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan meneruskan kerjasama dengan BN pada pilihan raya akan datang sekiranya kolaborasi dalam PRN Negeri Sembilan memberikan keputusan positif.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, gabungan itu akan melengkapkan 'puzzle' kerusi yang tidak ditandingi BN.

BN sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan.