Zaman kematangan politik rakyat Malaysia

Iklan
Bagi Merak Jalanan, apabila berlaku penjajaran dan strategi baharu dalam politik negara, kita akan dapat saksikan BN dan PN pula bekerjasama untuk mendapatkan sokongan rakyat. Foto fail Bernama

MERAK Jalanan melihat ada perubahan besar berlaku dalam politik negara dengan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN).

Sebenarnya inilah kematangan politik yang sudah berlaku dalam negara dan bermula sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

Ia berlaku apabila dua parti yang selama ini saling bertentangan antara satu sama lain tetapi akhirnya boleh duduk semeja dan bekerjasama demi untuk rakyat.

Bagi Merak Jalanan, apabila berlaku penjajaran dan strategi baharu dalam politik negara, kita akan dapat saksikan BN dan PN pula bekerjasama untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Iklan

Selama ini, berlaku pertembungan ideologi antara satu sama lain, tetapi nampaknya dalam dunia politik negara yang semakin matang ini, ia boleh diketepikan demi satu tujuan.

Namun bagi rakyat biarlah tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan negara mengatasi daripada perkara-perkara lain.

Iklan

Rakyat pun sebenarnya sudah jemu dengan pertembungan politik yang tidak berkesudahan sebaliknya mahu keutamaan diberikan kepada usaha yang lebih penting seperti menaikkan taraf hidup dan ekonomi rakyat.

Selepas 69 tahun negara mencapai kemerdekaan memang ada baiknya kematangan politik ini terus disematkan kepada semua pihak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya.

Merak Jalanan teringat kata pepatah Melayu, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.