Hanya lima parti komponen hadir mesyuarat PN hari ini - Annuar Musa
Iklan
Hantaran Facebook Annuar Musa pada Khamis.
SHAH ALAM - Hanya lima dari enam parti komponen Perikatan Nasional (PN) menyertai mesyuarat berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Khamis.
Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan bagi memuktamadkan agihan kerusi akan ditandingi dan penggunaan logo diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.
Iklan
Iklan
"Mesyuarat lima parti komponen PN pagi ini akan muktamadkan kerusi bertanding dan logo bakal digunakan," katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Bagaimanapun, Annuar tidak memperincikan parti-parti yang terbabit dalam mesyuarat itu, selain tidak mendedahkan jumlah kerusi yang akan diagihkan atau logo yang bakal diputuskan.
Iklan
Ketika ini, PN terdiri dari beberapa parti termasuklah Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Bersatu mengumumkan akan meletakkan calon-calonnya menggunakan simbol parti itu pada PRN Negeri Sembilan susulan kegagalan PN memuktamadkan pembahagian kerusi.
Iklan
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan ditangguhkan bagi tempoh yang tidak ditetapkan, selain Bersatu tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan berkaitan agihan kerusi.
Menurutnya, semua calon Bersatu yang bertanding pada PRN Negeri Sembilan akan menggunakan simbol parti berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>