'Harap hubungan BN-PN kekal sampai pilihan raya seterusnya' - Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri ketika sidang akhbar selepas sambutan WPRD 2026.

SUBANG JAYA - Pengumuman awal Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding 25 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat sebagai isyarat positif dengan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu bertepatan dengan inisiatif Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Menurutnya beliau, ia sekali gus memperlihatkan pendekatan berkenaan semakin mendapat sambutan termasuk dalam kalangan pemimpin PN.

"Saya melihat pengumuman (calon BN) semalam sebagai satu pembaharuan dalam hubungan BN dan PN sepertimana disebut Presiden UMNO mengenai Rumah Bangsa dan menandakan pendekatannya semakin diterima.

Iklan

"Malah bukan sahaja mampu menyumbang kemenangan di Negeri Sembilan, tetapi juga (pilihan raya) di seluruh negara," katanya.

Perdana Menteri ke-9 itu berkata demikian ketika sidang akhbar Sambutan Hari Perhubungan Awam Sedunia (WPRD) 2026 yang ke-2 bertempat di Taylor's University, di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Dekan Eksekutif Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Rekreasi Taylor's University, Profesor Dr Neethiahnanthan Ari Ragavan; Pengerusi PRactitioners, Datuk P Kamalanathan dan 13 panelis WPRD 2026.

Pada Rabu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa jalinan BN dengan rakan kerjasama bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan dijangka diumumkan hari ini.

Jelas Pengerusi BN itu, baki 11 dari 36 kerusi DUN yang belum diumumkan oleh parti akan ditentukan oleh pihak terbabit.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas rakan kerjasama yang dimaksudkan.

Mengulas berkenaan calon 'poster boy' pula, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut akan diumumkan kemudian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, parti hanya mengumumkan 25 calon kerana masih menunggu keputusan rundingan dengan 'rakan'.