Yakult Malaysia pupuk budaya kitar semula di sekolah

Iklan
Program SASYA mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang memupuk budaya kitar semula dan penjagaan alam sekitar.

Program SASYA mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang memupuk budaya kitar semula dan penjagaan alam sekitar.

SHAH ALAM - Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult Malaysia) memperkenalkan program Sahabat Alam Sekitar Yakult (SASYA) sebagai salah satu inisiatif persediaan bagi rangka kerja Extended Producer Responsibility (EPR) yang dijangka akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2030.

Iklan
Iklan

SASYA ialah satu inisiatif alam sekitar peringkat kebangsaan yang bertujuan memupuk tabiat kitar semula dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Program SASYA telah dimulakan di 10 buah sekolah terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun ini bertujuan menggalakkan pelajar supaya aktif menyertai aktiviti kitar semula sambil mempelajari kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Iklan

Menurut Yakult Malaysia, program itu akan diperluaskan dan melibatkan lebih banyak sekolah pada tahun-tahun akan datang.

“Objektif utama Program SASYA adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah, mengurangkan sisa pembuangan botol plastik Yakult di sekolah, serta menyokong agenda kelestarian alam sekitar negara termasuk inisiatif amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Iklan

“Program ini juga bertujuan mewujudkan persaingan sihat antara sekolah yang mengambil bahagian, menggalakkan penglibatan komuniti, mempromosikan sikap bertanggungjawab dan memupuk kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar,” kata Yakult Malaysia menerusi satu kenyataan.

SASYA menggalakkan pelajar membudayakan amalan kitar semula sebagai usaha menyokong kelestarian alam sekitar sejak di bangku sekolah.

Sementara itu,Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, Program SASYA direka untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar menjadi duta alam sekitar di sekolah, rumah dan komuniti mereka.

Beliau berkata, dengan memupuk tabiat mesra alam sejak usia muda, Yakult Malaysia berharap dapat menyokong pembangunan generasi yang menghargai kelestarian serta berperanan aktif dalam melindungi bumi.

“Di Yakult Malaysia, kami percaya bahawa mendidik generasi muda adalah kunci untuk mewujudkan masa depan yang lestari.

“Melalui program SASYA, kami berharap ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar dan memberikan motivasi kepada mereka untuk mengamalkan kitar semula serta penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.yakult.com.my